Isnin, 13 Februari 2012

SEJARAH STP BUDUK ARU

SEJARAH STP BUDUK ARU


STP Buduk Aru ( STPBA ) terletak di pendalaman Sarawak iaitu di kawasan Ba' Kelalan, Lawas, cuacanya sejuk oleh faktor pergunungan yang tinggi yang berdekatan dengan Gunung Murud.

Menurut majalah STPBA pengeluaran 1992, ''Buduk'' ertinya ''Puncak'' menurut bahasa Lun Bawang dan Kelabit. ''Aru'' ialah sejenis pokok kayu yang keras. Sesuai dijadikan kayu api gred 1, bila di bakar, ia mengeluarkan haba yang sangat panas. Daunnya pula seperti jaru cuma besar dan panjang. Apabila angin bertiup ia akan mengeluarkan bunyi angin merdu. Demekianlah keistemewaan pokok aru disekelilingi kawasn sekolah ini, maka wujudlah nama sekolah STP Buduk Aru.

Gambaran disebalik nama Buduk Aru, Amatlah bermakna untuk mengambarkan latihan dan disiplin agar boleh melahirkan hamba TUHAN yang berkualiti  bagi memenuhi panggilan diladang-NYA.

Menurut sumber, sekolah Teologia Buduk Aru telah didirikan sejak tahun 1962 oleh Pastor Meripa Palong @ Alan Belcher. Sejak dari sekolah ini dimulakan, ada ratusan penamat yang keluar untuk melayani di ladang TUHAN. Mereka terdiri dari pelbagai suku bangsa di negara Malaysia, antaranya suku Lun Bawang, Kelabit, Kenyah, Iban, Berawan, Selako, Bidayuh, Tagel, Rungus, Melanau, Semai, Cina, Orang Asli dan Sebagainya 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan