Sabtu, 7 April 2012
Sabtu, 18 Februari 2012
LAGU: STP BUDUK ARU
LAGU: STP BUDUK ARU
Ladang TUHAN luas membentang
Sampai ke ujung-ujung dunia
Kuingin masak masa menuai,
Siapakah pekerjanya?
Memperkayakan hamba-NYA,
Mendidik dan mengajar,membentuk,
Memperlengkapinya
Firman ALLAH wibawa tertinggi
Landasan iman pantang goyah,
Salib KRISTUS kasih dan pengorban
Pantau luhur dalam karya
STP Buduk Aru mantapkan bakti mu
Berdiri teguh dalam iman
Tunaikan tugas panggilan ALLAH,
Bertekun di lalam kasih-NYA
Roh Kudus kekuatanmu
dalam pengabdianmu,
Melayani KRISTUS Sang Raja.
TUHAN panggil para penuai,
Untuk berkerja di ladang-NYA yang setia,
Rela berkorban untuk Injil-NYA
TUHAN perlengkapi dengan kuasa
Nama YESUS jaya perkasa
Lantakan rantai setan
Patahkan kuasa dosa,
Sengat maut dikalahkan-NYA
Trima kasih untuk almamater
yang telah persembahkan diri
S'bagai korban hidup dan kudus
bagi TUHAN YESUS
Yang membina dan mendidik kami,
melayani dalam ladang-MU
Kami dukung bakti nya doa nya,
Berkat ALLAH menaunginya.
Berkat ALLAH menaunginya.
Isnin, 13 Februari 2012
AYAT YANG MENJADI DASAR TEGUH PENUNTUT STP BUDUK ARU
AYAT YANG MENJADI DASAR TEGUH PENUNTUT STP BUDUK ARU
Tinggallah di dalam AKU dan AKU di dalam kamu, sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur demikian juga kamu tidak berbuah jikalau kamu tidak tinggal di dalam AKU.
(Yohanes 15:4 )
DIA mengalir seperti sungai
sama seperti hujan
sama seperti cahaya, menyinsing pagi hari
ada hikmat dari TUHAN di seluruh dunia,
ketika ROH KUDUS turun.
(Yesaua 48:18 )
KEMUDAHAN DI STP BUDUK ARU
KEMUDAHAN DI STP BUDUK ARU
- Asrama Untuk Pelajar-Pelajar ( Lelaki ) (Perempuan) (Berkeluarga)
- Ruang Kelas
- Ruang Chapel
- Perpustakaan dan Komputer
- Gelanggang Permainan
- Ada Keluarga Angkat
- Eletrik Percuma (24 Jam)
- Air Percuma
SEJARAH STP BUDUK ARU
SEJARAH STP BUDUK ARU
STP Buduk Aru ( STPBA ) terletak di pendalaman Sarawak iaitu di kawasan Ba' Kelalan, Lawas, cuacanya sejuk oleh faktor pergunungan yang tinggi yang berdekatan dengan Gunung Murud.
STP Buduk Aru ( STPBA ) terletak di pendalaman Sarawak iaitu di kawasan Ba' Kelalan, Lawas, cuacanya sejuk oleh faktor pergunungan yang tinggi yang berdekatan dengan Gunung Murud.
Menurut majalah STPBA pengeluaran 1992, ''Buduk'' ertinya ''Puncak'' menurut bahasa Lun Bawang dan Kelabit. ''Aru'' ialah sejenis pokok kayu yang keras. Sesuai dijadikan kayu api gred 1, bila di bakar, ia mengeluarkan haba yang sangat panas. Daunnya pula seperti jaru cuma besar dan panjang. Apabila angin bertiup ia akan mengeluarkan bunyi angin merdu. Demekianlah keistemewaan pokok aru disekelilingi kawasn sekolah ini, maka wujudlah nama sekolah STP Buduk Aru.
Gambaran disebalik nama Buduk Aru, Amatlah bermakna untuk mengambarkan latihan dan disiplin agar boleh melahirkan hamba TUHAN yang berkualiti bagi memenuhi panggilan diladang-NYA.
Menurut sumber, sekolah Teologia Buduk Aru telah didirikan sejak tahun 1962 oleh Pastor Meripa Palong @ Alan Belcher. Sejak dari sekolah ini dimulakan, ada ratusan penamat yang keluar untuk melayani di ladang TUHAN. Mereka terdiri dari pelbagai suku bangsa di negara Malaysia, antaranya suku Lun Bawang, Kelabit, Kenyah, Iban, Berawan, Selako, Bidayuh, Tagel, Rungus, Melanau, Semai, Cina, Orang Asli dan Sebagainya
VISI STP BUDUK ARU
VISI STP BUDUK ARU
Sebuah sekolah teologia yang mengutamakan doa puasa serta membaca Alkitab sebagai dasar yang teguh dalam menjana tranfomasi dalam melahirkan hamba TUHAN yang berKualiti dan Holistik dalam: Kerohanian, Fizikal, Mental, Sosial dan Pndidikan bagi menghadapi cabaran pelayanan zaman ini, agar tetap Releven.
Langgan:
Catatan (Atom)