SIAP DI BENTUK UNTUK MELAYANI
SEKOLAH TEOLOGIA PERTAMA BUDUK ARU BA'KELALAN
Sabtu, 7 April 2012
Sabtu, 18 Februari 2012
LAGU: STP BUDUK ARU
LAGU: STP BUDUK ARU
Ladang TUHAN luas membentang
Sampai ke ujung-ujung dunia
Kuingin masak masa menuai,
Siapakah pekerjanya?
Memperkayakan hamba-NYA,
Mendidik dan mengajar,membentuk,
Memperlengkapinya
Firman ALLAH wibawa tertinggi
Landasan iman pantang goyah,
Salib KRISTUS kasih dan pengorban
Pantau luhur dalam karya
STP Buduk Aru mantapkan bakti mu
Berdiri teguh dalam iman
Tunaikan tugas panggilan ALLAH,
Bertekun di lalam kasih-NYA
Roh Kudus kekuatanmu
dalam pengabdianmu,
Melayani KRISTUS Sang Raja.
TUHAN panggil para penuai,
Untuk berkerja di ladang-NYA yang setia,
Rela berkorban untuk Injil-NYA
TUHAN perlengkapi dengan kuasa
Nama YESUS jaya perkasa
Lantakan rantai setan
Patahkan kuasa dosa,
Sengat maut dikalahkan-NYA
Trima kasih untuk almamater
yang telah persembahkan diri
S'bagai korban hidup dan kudus
bagi TUHAN YESUS
Yang membina dan mendidik kami,
melayani dalam ladang-MU
Kami dukung bakti nya doa nya,
Berkat ALLAH menaunginya.
Berkat ALLAH menaunginya.
Isnin, 13 Februari 2012
AYAT YANG MENJADI DASAR TEGUH PENUNTUT STP BUDUK ARU
AYAT YANG MENJADI DASAR TEGUH PENUNTUT STP BUDUK ARU
Tinggallah di dalam AKU dan AKU di dalam kamu, sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur demikian juga kamu tidak berbuah jikalau kamu tidak tinggal di dalam AKU.
(Yohanes 15:4 )
DIA mengalir seperti sungai
sama seperti hujan
sama seperti cahaya, menyinsing pagi hari
ada hikmat dari TUHAN di seluruh dunia,
ketika ROH KUDUS turun.
(Yesaua 48:18 )
KEMUDAHAN DI STP BUDUK ARU
KEMUDAHAN DI STP BUDUK ARU
- Asrama Untuk Pelajar-Pelajar ( Lelaki ) (Perempuan) (Berkeluarga)
- Ruang Kelas
- Ruang Chapel
- Perpustakaan dan Komputer
- Gelanggang Permainan
- Ada Keluarga Angkat
- Eletrik Percuma (24 Jam)
- Air Percuma
SEJARAH STP BUDUK ARU
SEJARAH STP BUDUK ARU
STP Buduk Aru ( STPBA ) terletak di pendalaman Sarawak iaitu di kawasan Ba' Kelalan, Lawas, cuacanya sejuk oleh faktor pergunungan yang tinggi yang berdekatan dengan Gunung Murud.
STP Buduk Aru ( STPBA ) terletak di pendalaman Sarawak iaitu di kawasan Ba' Kelalan, Lawas, cuacanya sejuk oleh faktor pergunungan yang tinggi yang berdekatan dengan Gunung Murud.
Menurut majalah STPBA pengeluaran 1992, ''Buduk'' ertinya ''Puncak'' menurut bahasa Lun Bawang dan Kelabit. ''Aru'' ialah sejenis pokok kayu yang keras. Sesuai dijadikan kayu api gred 1, bila di bakar, ia mengeluarkan haba yang sangat panas. Daunnya pula seperti jaru cuma besar dan panjang. Apabila angin bertiup ia akan mengeluarkan bunyi angin merdu. Demekianlah keistemewaan pokok aru disekelilingi kawasn sekolah ini, maka wujudlah nama sekolah STP Buduk Aru.
Gambaran disebalik nama Buduk Aru, Amatlah bermakna untuk mengambarkan latihan dan disiplin agar boleh melahirkan hamba TUHAN yang berkualiti bagi memenuhi panggilan diladang-NYA.
Menurut sumber, sekolah Teologia Buduk Aru telah didirikan sejak tahun 1962 oleh Pastor Meripa Palong @ Alan Belcher. Sejak dari sekolah ini dimulakan, ada ratusan penamat yang keluar untuk melayani di ladang TUHAN. Mereka terdiri dari pelbagai suku bangsa di negara Malaysia, antaranya suku Lun Bawang, Kelabit, Kenyah, Iban, Berawan, Selako, Bidayuh, Tagel, Rungus, Melanau, Semai, Cina, Orang Asli dan Sebagainya
VISI STP BUDUK ARU
VISI STP BUDUK ARU
Sebuah sekolah teologia yang mengutamakan doa puasa serta membaca Alkitab sebagai dasar yang teguh dalam menjana tranfomasi dalam melahirkan hamba TUHAN yang berKualiti dan Holistik dalam: Kerohanian, Fizikal, Mental, Sosial dan Pndidikan bagi menghadapi cabaran pelayanan zaman ini, agar tetap Releven.
Selasa, 12 Julai 2011
KENAPA BA' KELALAN?
Notes : Picture Courtesy of SMTagal
Kenapa Ba Kelalan?
Tempat yang jauh dari kemudahan kemudahan awam dan tempat yang agak sukar untuk di kunjungi dengan pesawat yang kurang kekerapan berbanding tempat tempat lain dan juga jalanraya yang keadaannya tidak tetap.
STP Buduk Aru telah di tubuhkan lebih daripada 40 tahun yang lalu dengan inisiatif pusat Sidang Injil Borneo untuk memperlengkapi anak anak Tuhan yang bersedia untuk melayani di ladang ladang Tuhan. Sekolah yang cukup sederhana ini telah membuahkan hasil yang banyak dimana banyak graduan graduannya kini bekerja di ladang ladang Tuhan di mana mana pada saat ini.
Notes : Picture Courtesy of SMTagal
Kenapa STP Buduk Aru?
Pada waktu waktu yang lalu, menurut kesaksian kesaksian para hamba hamba Tuhan yang telah belajar di sini, tempat ini lebih daripada Sekolah Teologia. Tempat ini telah menjadi tempat pembentukan rohani dan jasmani pelajar pelajar yang menerima panggilan tertinggi di dalam kehidupan mereka.
Mereka tiba di Buduk Aru bagaikan jongkongan emas yang belum di murni kan bahkan banyak yang bercampur aduk dengan pasir, batu dan sebagainya. Namun, Tuhan memimpin mereka saat hari pertama mereka menjejak kaki ke Sekolah injil ini bah kan jauh sebelum itu. Mereka melalui proses pemurnian (Refining Fire) yang membawa mereka ke suatu tahap yang lebih utuh lagi dan bila mereka keluar dari Sekolah Injil yang sederhana ini, mereka adalah emas yang murni - berharga dan kepunyaan Tuhan untuk bekerja di ladang Tuhan di mana mana Tuhan memanggil mereka.
Hidup sebagai pelajar di Buduk Aru tidak seperti kehidupan pelajar yang berkecukupan dan lengkap dengan segala kemudahan sebagai pelajar. Namun pelajaran yang di berikan adalah lebih dari segudang buku; buku teologia. Kenapa?
Pengalaman peribadi dengan Tuhan Yesus dan pembentukan dari segi jasmani yang melengkapkan pelajar dengan cara hidup yang sukar, mendapatkan hati sebagai hamba dan juga kasih yang tidak bersyarat. Mereka di bentuk dengan pendedahan terhadap cara hidup masyarakat kampung yang sangat sederhana. Memikul kayu api, menggendong beg ke gunung-gunung doa, membantu di dalam kerja gotong royong kampung, mencari makanan di dalam hutan dan yang lain lain nya - Itu menjadikan mereka lebih gagah dan berani menghadapi dunia luar - bagaimanapun situasinya di dalam daerah pelayanan.
Pengalaman Rohani dengan Tuhan Yesus?
Yang terpenting.
Menyertai ibadah ibadah dengan jemaat jemaat SIB Ba Kelalan, dan persekutuan dengan pendoa pendoa Syafaat - Mereke menjadi lebih matang di dalam pertumbuhan Rohani mereka. Mendengar dan menyaksikan tentang kebangunan kebangunan Rohani dan pekerjaan Roh Kudus di sini - adalah sesuatu yang tiada nilainya di dalam pelajaran kehidupan mereka. Semua ini tidak dapat di perolehi daripada silibus matapelajaran yang di sediakan oleh sekolah sekolah injil. Tetapi semuanya di perolehi dari Roh Kudus.
Hikmat di atas segala hikmat.
Text oleh : SMT
Langgan:
Catatan (Atom)